
Pada 20 Ogos 2021, PEMAHIR membantu seorang pelajar dari Universiti Sunway untuk membayar yuran pengajiannya. Bantuan ini diberikan oleh sebab pelajar tersebut mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajiannya berikutan oleh pandemik yang melanda dan menyebabkan beliau terputus sumber pendapatan. Objektif bantuan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa pelajar tersebut tidak menghentikan pelajarannya di tengah jalan dan meninggalkan cita-citanya berikutan oleh masalah kewangan. Sebagai badan NGO yang prihatin, PEMAHIR mengambil inisiatif untuk membantu pelajar yang memerlukan pertolongan dalam pembelajaran sebagai motivasi terhadap mereka dalam mengejar cita-cita.